Minyak Zaitun Extra Virgin 250ml / 750ml
SEJARAH POHON ZAITUN
Pakar mengakui bahawa pohon zaitun berasal dari Syria dan ditemui pada sekitar 6 ribu tahun yang lalu sebelum penanamannya mula merebak secara meluas di kawasan Mediterranean. Sejarah juga mendakwa bahawa pohon zaitun pertama kali ditemui di Syria adalah di negeri Kota kuno Ebla.
Kerajaaan Ebla terletak di pinggiran kota Aleppo Syria. Selama zaman pemerintahannya (2600-2240 S.M), Ebla menguasai wilayah utara Syria, Lubnan dan bahagian utara Mesopotamia (Iraq Moden). Ia juga mengadakan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan negara-negara jauh seperti Mesir, Parsi dan Sumeria.
Catatan rasmi yang pertama tentang pohon zaitun dan pengeluaran minyak telah ditemui di arkib Ebla negara - kota kuno. Ia terdiri daripada hampir 12 dokumen pada tarikh 2400 S.M. yang menjelaskan tentang pemilikan tanah ladang pohon zaitun oleh Raja dan Permaisuri.
Terdapat juga halaman daripada arkib tersebut yang menyatakan bahawa 4000 botol minyak zaitun disediakan kepada kerabat di raja dan kakitangan kerajaan manakala 7000 botol disediakan kepada rakyat. Setiap botol tadi boleh menyimpan sebanyak 60 kg minyak. Jumlah zaitun yang tercatat di dalam arkib tersebut adalah sebanyak 700 tan minyak dan 1.465 hektar ladang.
Penduduk Ebla pada ketika itu sekitar 15000 orang dan merekalah yang menjadikan minyak zaitun sebagai industri utama pada ketika itu. Satu kajian arkeologi telah menemui sebiji botol besar berada di Kota Purba Ebla. Botol tersebut diisi dengan minyak zaitun dan digunakan untuk perdagangan dengan Mesir melalui bandar perlabuhan Ugarit (sekarang lattakia).
Penanaman pohon zaitun adalah salah satu tanda peradaban tertua di dunia. Penana
man minyak zaitun yang meluas pada waktu itu berpunca daripada manfaat yang diceritakan di dalam mitos yang tersebar melalui Phoenicia ke Greek kemudian ke Rom dan kemudia ke seluruh dunia barat.
Dalam beberapa ratus tahun terakhir, pertumbuhan zaitun telah merebak ke Amerika, Jepun, Australia dan Afrika Selatan. Walau bagaimanapun, sekitar 90 peratus minyak zaitun yang meluas ke seluruh dunia masih berasal dari pinggiran laut Mediterranean.
Hari ini, selepas 6000 tahun penyebaran penanaman zaitun dari Syria ke seluruh Mediterranean, Syria masih lagi pengeluar terkemuka minyak zaitun di mana Syria berada di tempat keenam negara pengeluar minyak zaitun. Tanah dan Iklim Syria amat bersesuaian untuk penanaman zaitun.
Orang kampungnya pula masih mengekalkan cara lama di dalam penanaman zaitun dan cara perahannya kerana mereka tahu bahawa ia adalah cara penanaman zaitun yang terbaik. Pada masa sekarang cara lama tersebut telah dimajukan seeiring dengan peredaran zaman dan dalam masa yang sama sifat-sifat asas tetap dijaga.
Pohon zaitun memiliki umur yang panjang dan dipercayai dapat hidup 300 hingga 600 tahun dan lebih.
Terdapat 3 jenis minyak zaitun:
1. Extra Virgin Olive Oil
Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5-1 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad.
2. Virgin Olive Oil
Kandungan asidnya sekitar 4 peratus. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.
3. Olive Oil
Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.
No comments:
Post a Comment